Tuesday, May 5, 2009

Hadiah dpd Hazila...

TQ Hazila ...atas pemberian ini dan ingatan.. harap hazila tak berkecil hati coz lambt mengambilnyer... TQ again...

Thursday, April 30, 2009

27 - 30 April.....

Berkursus .... Chek in di hotel... di bandar Kota Tinggi Johor..

Hari pertama....Minum time.. kul 10 am..

Hari pertama..Lunchhhhhh....


Lain2 hari.. sama jer...Tak byk cerita yg boleh dikongsi..yg ada penat n tension sahaja.. masak2 di rmh pun belum ada mood lagi... tunggulah 2 -3 hr lagi kot..

Sunday, April 26, 2009

Kuih Kaswi



Resepi Mat Gebu di MYR... mmg best kuih kaswi ni.. TQ cik mat..ampun yer.. rspi copypaste di SINI!!

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )

BAHAN A :-)
350 g gula melaka
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water) .. tak letak..
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat ..( gani nescafe..)


BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam


Cara-cara
1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering.

5. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
6. Jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel.

Ubi Rebus

Ubi kayu pemberian Jai.. rebus jer n makan cicah kelapa bergula...kalau ada sambal ikan bilis tentu lagi sedap... terima kasih jai...

Saturday, April 25, 2009

Kek Buah Kukus Bersos Karamel

Memasak n berblog ni mcm teraphy.. suka2 n utk relis tension yer..disamping dapat bertukar pengetahuan n pandangan, menambah kwn n mengeratkan persahabatan.. hari2 mmg berkejar dengan masa.. so kena bijak mengatur n mencuri masa..
Ini laporan... projek 2/3 hr lepas.. tak sempat nak N3..hari ni dapur belum berasap... kebetulan hari ini ada LDP di sekolah.. hampir jam 1.30 ptg bru sampai rmh.. begitulah kehidupan menjadi pendidik.. teringat pesanan PK semasa taklimat tadi.. orang yang sabar sahaja boleh mnjadi guru.. guru tidak boleh keluh kesah..walaupun kerja lebih 6 hr seminggu..kdg2 7 hr... pagi, petang n mlm.. kerana itu semuanya amanah.. amanah yang ganjarannya pahala.. n gaji.. hari ni yang pasti 25 hb.. besttt.. kwn2 semua dah sibuk pergi square One.. smlm opening parkson.. hati rasa nak ambik bahagian jugak.. dahlah..
Mengintai resepi dari dapur CT.. yummy..yummy.. yang tak suka manis boleh gak mkn cam tuh jer.. rspi CP dr dapur CT..TQ CT berkongsi resepi..
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan buah campuran
2 sudu kecil parutan kulit oren
125 gm mentega atau marjerin
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1/4 cawan jus oren
Bahan sos:
10 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air panas
sedikit butter

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, buah campuran dan parutan kulit oren, gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula sehingga ringan dan kembang. Campurkan telur, sebiji demi sebiji, pukul sebati.
3. Kaup balikkan campuran tepung berselang-seli dengan susu cair dan jus oren.
4. Masukkan kedalam cawan atau mangkuk acuan yg telah disapukan gris. Kukus selama 15-20 minit.5. Hidangkan puding bersama sos karamel.
6. Untuk menyediakan sos, larutkan gula pasir kedalam air panas yg dicampur sedikit butter dan masak diatas api yg perlahan, kacau selalu sehingga sos sedikit pekat.

Friday, April 24, 2009

Cucur Jagung

Minum petang aka makan malam..... rspi Kak Nur.. yang hebat memasak tuh.. TQ kak nur berkongsi rspi yang enak ini...

Ayam Paprik

Masak balik sekolah.. jam 230 bru dpt makan.. itu pun puas memujuk minta anak2 tido dulu.. dah siap nnti ibu kejutkan.. rspi dr MYR... mudah rupanyer menyediakan ayam paprik nih.. lepas ni tentu ada 'again' n 'again'..

Wednesday, April 22, 2009

Raisin Roll Cake

Rspi asal.. Capuccino Roll Cake oleh Yani @MYR.. ubahsuai sedikit.. tak letak perisa capuccino.. cuma taburkan kismis ke dalam loyang sebelum memasukkan adunan tepung ke dalam loyang.. dalam gulungan tu menggunakan jem bluebery..

Tuesday, April 21, 2009

Scrambled Egg

Bekalan untuk anak2 ke sekolah... versi kanak-kanak..

Bahan2
3 biji telur
3 sb susu tepung
1 sb butter
sedikit garam...
sedikit minyak sayuran.

cara2:
1. Campurkan semua bahan2 kecuali minyak sayuran.. kacau rata ..memadai guna garfu saja..
2. Panaskan kuali.. msukkan minyak
3. Masukkan adunan n.. kacau /hancurkan telur hingga masak.. angkat..dah siap...

Monday, April 20, 2009

Puff Kentang

Buat semalam untuk minum petang... pastry menggunakan roti canai jenama kawan.. tunjuk cara boleh jenguk di sini.. utk dapatkan saiz puff yg kecil roti canai boleh di potong 2...

Sunday, April 19, 2009

Coffee Roll Cake

Yummy..yummy.. rspi Yani di MYR.. ubahsuai perisa....sekali hadappp..dah licinnn...TQ yani.. minta izin copy paste resepi... untuk dikongsi dgn kawan2 yang lain...or boleh juga terus ke sini

Bahan-bahan (30x30cm )

Cecair capuccino (.. tak buat...)
4 sudu besar capuccino
2 sudu besar air panas

Kek span
4 biji telur(L saiz)
60g tepung gandum
70g gula
1 sudu besar cecair capuccino...tukar coffee pes

Sirap (.. tak buat..)
1 sudu besar gula
1 sudu besar air panas


Krim capuccino ( coffee)
200ml fresh cream
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar cecair capuccino ..tukar coffee pes


Cara-cara
1. Sediakan cecair capiccino Campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan..( skip)
2. Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180 degree.
3. Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau meringue
4. Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1sudu besar cecair capuccino yg telah disejukkan tadi.
5. Letakkan 1/2 dr no.3 tadi ke dalam no.4. Mix sehingga sebati.
6. Letakkan tepung yg telah diayak ke dalam no.5. Mix lagi.
7. Kemudian lebihan no.3 (meringue) tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
8. Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuk dengan jari. Pusing-pusing dulang oven sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin.

9. Bakar selama 10 minit
10. Bila dah masak, keluarkan dari oven. alaskan kek dengan kertas minyak. Spray bahagian permukaan supaya kek cepat sejuk.
11. Sementara tu sediakan krimnya. Campur semua bahan-bahan untuk krim. Pukul sehingga jadi bentuk krim
12. Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari oven plate. Sapukan permukaan kek dengan sirap. Kemudian masukkan krim yg dipukul tadi. Ratakan kemudian gulung. Simpan dalam peti ais selama 1/2 hari sebelum dimakan.

Saturday, April 18, 2009

Potato Wedges

kihkihkih.. satu lagi hasil hari ini.. untuk minum petang ...lagi byk keje lagi tinggilah nafsu tekak nih..mcm2 nak mkn... buat keje mghadap laptop.. sambil mnyelam minum air sikit2... faham2 jer lah..

wedges yang sedapp..TQ noorsha..berkongsi rspi.. rspi copy paste dari dapur noorsha

Bahan²
2 biji kentang - potong berbaji

2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( tak letak...)
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam

Cara²
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
3. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
5. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
6. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
7. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis..

Milo Shake...

Hasil hari ini.. akibat merayau2 di dapur alongroz n fiza nordin... myegarkannnn... slurpppppp...

Pening-pening...

Saat yang dah berlalu... penilaian kurikulum ke 2... dulu2 sebut ujian...sian tension sgt memasing tuh... ada yang megusap2 kepala..pening agaknyer.. kebykan sedang khusyuk menjawab soalan2 maut ekonomi.. saat yang belum berlaku..menanda pulakkk...


makan luar .. di Idaman.. licinnnnn.. alasan lazim bila kebizian...

sambung keje yg tak siap-siap... sambil tuh mengendap dapur2 blogger kaki msak... bila hb lalu kat belakang cepat2 minimize...hehehe.. ampunnnn

Thursday, April 16, 2009

Mango Mousse

Projek malam tadi.. selepas mengendap dapur kak zai.. buah strwbery lum tumbuh lagi kat rumah nih kak zai ..yg ada buah mangga.. so layan apa yg ada..rspi ubah suai sendiri''

Bahan2 ( 5-6 biji ramekin)
A
200 gm isi mangga*
50 gm gula pasir*
150 gm yogart plain/ stok yg ada peach so layan*

*blend hingga hancur..**

B
10 gm gelatin*
150 ml air panas *

Cara-cara
1. Satukan* n kacau hingga tidak berketul2...
2. Masukan bahan B ke dalam A n blend hingga sebati.
3. Tuang dalam acuan n sejukkan..

Sambal Tumis Ikan Bilis

Best gakk kalau makan sambal ni dengan mee siput ... Kak long mai datang rumah..bawa mee siput yer...hehehe.. makan dengan lempeng pun sodappp...

Tumis Air Kentang/Carot/Tauhu n Soohuun..

Tumis air... dah lama tak masak mcm nih.. sedapp gekkk.. pekene dgn sambal tumis ikan bilis n ikan selar goreng... jgn lupa nasi panas... dah selamat untuk makan petang nih..

Award lagik..drp Doc Inahar..

Award mesti ambik cepat2.. Tag ambik lambt2.. ampunnn...hehehe.. Terima kasih Doc.. atas ingatan n penghargaan ini.. award ini juga di panjangkan untuk rakan2 blogger yang lain yer.. anawahid, hana jepun, kak zai, kak ummi, leen, farah, masz, fiza nordin, alongroz, kak long, kak yong, kakchik,kakasma,catlina, ultramama, Nur,aziemas, cikmin n sesiapa yg singgah di sini...ikhlas..

Wednesday, April 15, 2009

Ayam Goreng Kunyit

Masakan untuk makan malam.. yg penting ada nasi panas.. mesti gerenti licinnnn...

Hadiah dpd Leen dan Along...


Award pemberian Leen..ibu yang rajin memasak tuh...Terima kasih leen atas ingatan ikhlas tuh..Sy suka blog Leen juga...nanti kalau ada lagi boleh beri lagi yer.. Tag tak moh..hehehe... byk hutang tag nih..bukan lupa ingatan.. bila soklan tag pjg2 tuh yg kene msuk buka hutang... pemberi2 tag tuh jgn marah n merajuk yer..
1. The winner can put the logo on his/her awesome blog

2. Link the person you received your award from..http://yusleen.blogspot.com/ dan http://homekreation-recipes.blogspot.com/

3. Nominate at least 7 other blogs
Put links of those blogs on yours.







Semua blogs yg tersenarai n tak senarai sy suke... i luv u blog....

4. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin